Salam sejahtera buat semua.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan bahawa semakan keputusan pengambilan kedua kemasukan ke Tingkatan 1 (Form 1) dan Tingkatan 4 (Form 4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh dibuat mulai 21 Feb 2011 menerusi laman web MARA.
Pengambilan ini adalah bagi mengisi 1,370 tempat atau 13.7 peratus kekosongan iaitu 1,250 tempat bagi Tingkatan 1 dan 120 tempat untuk Tingkatan 4.
Semakan Pengambilan Kedua Tingkatan 1 Tahun 2011
Keputusan kemasukan ke Tingkatan 1 bagi tahun 2011 boleh dilakukan melalui pautan semakan pengambilan kedua Tingkatan 1.
Ada 1,250 pelajar lepasan UPSR 2010 yang berpeluang terpilih untuk masuk ke MRSM bagi tahun 2011.
Semakan Pengambilan Kedua Tingkatan 4 Tahun 2011
Keputusan kemasukan ke Tingkatan 4 bagi tahun 2011 boleh dilakukan melalui pautan semakan pengambilan kedua Tingkatan 4.
Ada 120 pelajar lepasan PMR 2010 yang berpeluang terpilih untuk masuk ke MRSM bagi tahun 2011.
Maklumat Tambahan
Kumpulan pelajar pengambilan kedua ini akan mendaftar serentak pada 1 Mac ini.
Sejumlah 25,244 permohonan direkodkan bagi Tingkatan 1 dan 15,873 tempat bagi Tingkatan 4 bagi sesi 2011.
Daripada jumlah itu, MARA menawarkan 10,000 tempat iaitu 6,500 tempat untuk Tingkatan 1 dan 3,500 tempat untuk Tingkatan 4.
Pelajar bagi sesi 2011 mendaftar pada 7 Februari lepas di 46 MRSM di seluruh negara manakala MRSM Mukah, Sarawak, mendaftar pada 7 Mac ini.
Berita daripada BERNAMA
beliamuda: Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih!